Gadis Baju Merah

Thursday, August 16, 2012

#Gajah Duduk Satu

Satu

Seharian Fara Hanis login Facebook, bukan untuk bersosial dengan kawan-kawan tapi hack Facebook si mantannya, Faqeh. habis semua message di inbok diamati satu-satu. Runtun hatinya bila membaca semua message dari seseoarang yang mahu mendekati si mantannya. Yang bertambah sakitnya Faqeh melayan. Faqeh memutuskan hubungan dengan Fara Hanis untuk mencari dirinya yang sudah hanyut dibuai cinta dunia. Baginya cinta sebelum kahwin tidak relevan. Fara Hanis terima segala alasan itu tapi sebaliknya Faqeh bermain message di inbox.




"Tak guna punya lelaki, aku setia dengan engakau walaupun hati aku hancur banyak sebab kau.", rungut Fara Hanis dengan linangan airmata.

Faqeh call Fara Hanis bertanya hal tentang Facebooknya yang sudah diceroboh kerana Faqeh tahu Fara Hanis lepasan jurusan IT pasti mampu melakukan semua ini. Berlaku pergaduhan amat dasyat, kali ini Fara Hanis memang tekad untuk buang Faqeh jauh-jauh.

Sehari, dua hari tidak menangis kerana Faqeh lagi. Tapi hari ketiga Fara Hanis masih menangis. Begitulah hidup seorang gadis bergigi besi menangis dimalam hari, ketawa disiang hari. Fara Hanis seorang yang sangat setia dengan Faqeh, walau dikecewa untuk berapa kali. Tapi Fara Hanis masih menaruh harapan terhadap Faqeh.


Hari ini 18 hb Julai satu note yang ditulis oleh Fara Hanis yang berbunyi, "Bismillahirahmanirahim, Dengan nama Allah, Aku Fara Hanis tidak lagi mencari atau mengharapkan Faqeh." lalu ditampal di cermin bilik. Bila Fara Hanis rasa untuk ingat Faqeh lalu dibaca berulang kali. Mungkin membantu tapi tidak sepenuhnya. Mana mungkin orang yang dicintai selama 2 tahun setengah boleh luput dari ingatan begitu saja.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home