Gadis Baju Merah

Thursday, August 16, 2012

#Gajah Duduk Dua

Dua

"Cuba kalau bersiap tu cepat sikit, dah tau nak pergi berjemaah kat masjid tu cepatlah sikit.", keluh Puan Emak kepada Fara Hanis.

"Ye la mak. Tengah siap la ni", spontan Fara Hanis menjawab.

Esok bermulanya Ramadhan yang berkat. Farah Hanis memang selalu meneman Puan Emak ke masjid tatkala pulang bercuti di kampung. Kebetulan menjelang Ramadhan, Fara Hanis bertekad untuk mencari seseoarang yang boleh belajar mengaji. Dia ingin membetulkan cara bacaan al-Quran dengan betul.



Usai solat Maghrib, satu pengumuman dilakukan oleh Imam Masjid.
"Assalamualaikum, disini ada satu pengumuman, saya nak memperkenalkan 2 orang imam al-Hafiz kita untuk solat terawih menjelang Ramadhan nanti", ucap imam masjid
Fara Hanis hanya mendengar sepintas lalu, tak ambil peduli sangat. Tapi bila sebut je imam kedua terawih itu bernama seperti mantannya, baru lah tersentak.

"Allahuakbar,Allahuakbar", laung bilal masjid menandakan waktu solat Isyak sudah masuk. Kali ini imam 1 terawih yang Fara Hanis tak tahu nama beliau, Firdaus, take over untuk mengimamkan solat Isyak. 
Ambik kau, Fara Hanis. Nangis mendengar alunan suara Firdaus.


"Ya Allah, untungnya la siap jadi bini imam ni kan", Puan Emak menyapa Fara Hanis. 
Fara Hanis terkesima, mungkin dah mula rasa sesuatu.
Jeng..Jeng.Jeng.


#Gajah Duduk Satu

Satu

Seharian Fara Hanis login Facebook, bukan untuk bersosial dengan kawan-kawan tapi hack Facebook si mantannya, Faqeh. habis semua message di inbok diamati satu-satu. Runtun hatinya bila membaca semua message dari seseoarang yang mahu mendekati si mantannya. Yang bertambah sakitnya Faqeh melayan. Faqeh memutuskan hubungan dengan Fara Hanis untuk mencari dirinya yang sudah hanyut dibuai cinta dunia. Baginya cinta sebelum kahwin tidak relevan. Fara Hanis terima segala alasan itu tapi sebaliknya Faqeh bermain message di inbox.




"Tak guna punya lelaki, aku setia dengan engakau walaupun hati aku hancur banyak sebab kau.", rungut Fara Hanis dengan linangan airmata.

Faqeh call Fara Hanis bertanya hal tentang Facebooknya yang sudah diceroboh kerana Faqeh tahu Fara Hanis lepasan jurusan IT pasti mampu melakukan semua ini. Berlaku pergaduhan amat dasyat, kali ini Fara Hanis memang tekad untuk buang Faqeh jauh-jauh.

Sehari, dua hari tidak menangis kerana Faqeh lagi. Tapi hari ketiga Fara Hanis masih menangis. Begitulah hidup seorang gadis bergigi besi menangis dimalam hari, ketawa disiang hari. Fara Hanis seorang yang sangat setia dengan Faqeh, walau dikecewa untuk berapa kali. Tapi Fara Hanis masih menaruh harapan terhadap Faqeh.


Hari ini 18 hb Julai satu note yang ditulis oleh Fara Hanis yang berbunyi, "Bismillahirahmanirahim, Dengan nama Allah, Aku Fara Hanis tidak lagi mencari atau mengharapkan Faqeh." lalu ditampal di cermin bilik. Bila Fara Hanis rasa untuk ingat Faqeh lalu dibaca berulang kali. Mungkin membantu tapi tidak sepenuhnya. Mana mungkin orang yang dicintai selama 2 tahun setengah boleh luput dari ingatan begitu saja.

#Gajah Duduk (Teaser)


Watak-watak :

Fara Hanis
Firdaus 
Faqeh
Syafiq
Alia
Puan Emak

Sinopsis : Cerita tiada penghujung dan tergantung. Jangan sakit hati lah bila membaca. Kisah ini mengisahkan seorang gadis, Fara Hanis menyimpan perasaan kepada seorang lelaki, al-Hafiz, Firdaus. Bagaimana seoarang gadis yang sangat setia kepada mantannya boleh beralih rasa kerana Firdaus. Hebat sangat ke insan bernama Firdaus sehingga Fara Hanis dapat melupakan mantannya yang selama ini dia rasa mantannya segala-galanya. Banyak adegan kelakar, manis, dan sedih berlaku. Dan kenapa kisah ini bertajuh Gajah Duduk? Ikutilah kisah menarik  ini tak menarik sangat pun.
=)

Thursday, July 19, 2012

#Setia 2

Setia 


Apa itu setia? 
Adakah menunggu pada orang yang tak pasti akan kembali pada kita itu adalah SETIA?
Adakah membutakan segala rasa dan perasaan,  asalkan kita dapat bersama itu adalah SETIA?
Adakah memaafkan setiap kesalahan yang berulang kali semata-mata untuk bersama itu adalah SETIA?


ITU semua nya TAHI!

Saturday, June 30, 2012

Smile.

jangan tipu aku dengan fake smile kau lah.
but atleast aku senyum.
kau boleh tipu orang lain, tapi bukan aku.



sanvirus : fake smile better than cry.

Thursday, June 28, 2012

Berat

untuk ke berapa kali aku ditinggalkan. tapi rasa itu masih sama walaupun sudah beberapa kali aku tempuh. tidak! barangkali ini  cukup berat. aku keseoarangan. tiada tempat aku hendak meluahkan. tiada backup dari kawan-kawan. tiada lagi ceramah free dari rakan-rakan. nak mampos? dorang dah warnig awal-awal jangan terima untuk keberapa kali. engkau bodoh pergi tereima lagi. memang aku hadap sorang-sorang lah.



sanvirus : "same mistake (!)"

Tuesday, June 26, 2012

BiasaBro!

Lu buat wa camni buka sekali dua lah. Lu sakitkan hati wa banayk kali, wa sabar. Wa tak kisah. Mak wa ckp, biar orang buat kita, jgn kita wat pada orang lain. Wa bersabar banyak kali, tp sabar wa tak dihargai. sampai bila wa nak hidup macam ni? Wa tak snggup tapi ntahla kenapa wa still lg ngn lu. Lu sakitkan hati  wa, itu biasa bro. and this is best bro!